BUKU HIMPUNAN KATA-KATA: APA MOTIF?

Beberapa minggu lepas viral sebuah buku yang diterbitkan oleh Fattah Amin yang berjudul “99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin”. Buku ini mendapat kritikan yang agak pedas daripada Netizen kerana kata mereka, isinya tidak nampak bernilai dan harganya pula terlalu tinggi. Tapi baru-baru ini buku beliau dikatakan memasuki carta bestseller di MPH Bookstore. Wah!

Untuk berlaku adil, kita hanya nampak satu quote yang dipetik daripada bukunya, dan bukanlah keseluruhan buku itu. Jadi kita tak mampu nak cakap buku itu benar-benar ‘sampah’ atau masih ada nilai di dalamnya. Melainkan kalau kita sendiri sudah membaca keseluruhan buku itu. Cumanya, buku seperti itu biasanya adalah satu bentuk ‘collectible item’ untuk dibeli oleh follower tegar seorang figure. Jika ramai follower, maka ramailah orang akan membeli buku itu. Jadi, jika anda bukanlah follower tegar beliau, tak usah dikisah tentang buku itu kerana mungkin Fattah Amin pun tidak kisah dengan anda.

Cukup sudah kita bercerita tentang orang, sekarang kita berbincang tentang buku pula.

Kenapa Wujud Buku Himpunan Kata-kata?

Baik, mengapa wujudnya buku himpunan kata-kata? Buku-buku seperti ini memberi nilai ataupun tidak? Sebelum kita pergi lebih jauh, harap artikel dari apemazing ini mampu membuka minda kita tentang keluasan jenis buku di muka bumi ini. Baca juga artikel dari Bahruddin Bekri ini yang mengupas tentang buku-buku yang berbentuk merchandise.

Tapi untuk kali ini, kami ingin membawa isu secara spesifik tentang buku yang berbentuk himpunan kata-kata. Atau bahasa mudahnya, buku quotes. Apakah manfaatnya? Ini beberapa point yang kami dapat fikirkan.

banner-mato

Memberi Inspirasi

Quotes ini biasanya tujuannya ialah untuk memberikan inspirasi. Yela, macam yang kawan-kawan FB anda biasa share dekat timeline untuk bagi korang motivasi. Secara umumnya, tiada masalah pun mengambil inspirasi dari quote selagi ianya memberi manfaat dan tidak melanggar akidah Islam. Tak kisah quote dari Rasulullah (hadis), para sahabat, tokoh barat, tokoh timur, tokoh utara, tokoh selatan, selagi ianya memberi kebaikan, apa salahnya untuk dikongsikan.

Nilai Sentimental

Jika seseorang itu mempunyai ramai pengikut, kemungkinan pengikut mereka tahu serba serbi tentang kisah hidup mereka. Himpunan quotes mereka mungkin dapat mengingatkan pembaca pada detik-detik hidup tokoh itu dan memberi sebuah impak kepada diri pembaca. Sepotong ayat yang ditutur oleh seseorang tak semestinya memberi nilai yang sama jika orang lain tuturkannya. Contohnya kalau Tun Mahathir tweet “Melayu Mudah Lupa” dan anda pun tweet benda yang sama, sudah semestinya jumlah retweet yang anda dapat adalah 0.1% sahaja daripada retweet yang Tun dapat.

Straight To The Point

Buku-buku quote ini bagus jika anda mahukan isi-isi yang terus terang tanpa perlu nak dihurai melalui ayat-ayat panjang dan penjelasan yang panjang lebar. Ianya adalah bacaan waktu santai, tapi isinya sampai. Ayat yang digunakan biasanya ringkas, tetapi mempunyai maksud yang mendalam. Fattah Amin pun cakap yang buku beliau ada banyak maksud yang tersirat. Kita yang perlu hayatinya betul-betul. Itupun kalau mampu beli buku dia la.

Jadi, itu adalah antara point yang kami mampu ketengahkan tentang manfaat dari buku-buku quote. Seperti mana-mana jenis buku, buku seperti ini juga pasti ada yang bermanfaat pada sesetengah orang tetapi tidak pada orang yang lain. Jadi, jikalau anda tidak suka buku seperti ini, tidak perlu pun untuk mengecam mereka yang sukakannya. Setiap orang ada kegemaran yang tersendiri.

Raikan perbezaan, kurangkan persengketaan. 😉

Kad Ikram

Connect with him through his Facebook & Twitter

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s