TENTANG KAMI

Gambar Team ObsesikuBuku⁠⁠

5 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI IMAN SHOPPE

1) Bermula pada tahun 2012 secara ‘online’ dan bercita-cita untuk menjadi sebuah jenama kedai buku Islamik kontemporari yang terunggul di Malaysia menjelang 2025! Doakan kami.

2) Pasukan kami bermula dengan 4 orang dan kini sudah membesar bagaikan juara menjadi 9 orang! More to go! InsyaAllah!

3) Background pasukan kami terdiri daripada engineering, business dan syari’ah.

4) Iman Shoppe juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh dunia! (Jangan minta kami hantar ke angkasa lepas sudah!)

5) Iman Shoppe baru membuka mempunyai dua cawangan kedai di Serdang, Selangor dan juga Wangsa Melawati, KL.

Cita-cita besar kami ingin membuka cawangan di setiap negeri di Malaysia dan juga di luar negara – London,UK dan Sydney, Australia.

Dengan membawa motto, #ObsesikuBuku – kami percaya dengan kuasa membaca buku mampu mengubah dunia!


 

IMG_8628

Iman Shoppe : Kafe Buku Atau Butik Buku? 

1# Spot Menyentuh Hati

Saya sendiri tak tahu nak klasifikasikan Iman Shoppe sebagai apa. Nak kata kafe buku, tak boleh juga. Kami bukan ada sediakan banyak jenis coffee pun. Tapi apa yang JELAS, salah satu misi Iman Shoppe ialah ‘Menjadi Spot Menyentuh Hati Manusia’.

Ada pernah satu hari, pelanggan datang ke kedai kami. Lama dia membelek satu demi satu buku. Dari buku yang nipis kepada yang tebal. Daripada dia berdiri, duduk atas kerusi sofa, sehingga bersila di atas lantai.

Akhirnya dia bersuara,

Kak kalau saya baru nak berubah jadi baik, buku apa yang sesuai eh?

Waktu itu saya sedar, Iman Shoppe bukan sekadar kedai buku tarbiah semata-mata. Bisnes tanpa jiwa. Kosong tanpa hati. Tapi kami juga perlu menjadi agen pengubah ummah!

“Imanshoppe Your Ultimate Deen Shoppe”

2# Spot Lepak Tarbawi

 

IMG_8524

Bila saya lihat balik kedai baru Iman Shoppe, nak tergelak saya. Dengan warna cat biru air dan putih purple sedikit, Iman Shoppe saling tak tumpah macam Butik Buku!

Kebiasaanya kafe, lebih banyak gunakan warna yang lebih gelap. Seperti warna hitam, warna coklat kayu oak, atau warna-warna yang memudahkan orang berfikir. Tapi bagi saya, Imanshoppe ada identiti lain yang lebih bermakna untuk ummah.

Iman Shoppe mempunyai visi untuk menyediakan ruangan khas untuk sebarang event yang ‘mencerdaskan masyarakat’ boleh dilaksanakan. Kami selalu terbayangkan sesi bedah buku di sudut kedai Iman Shoppe dibuat secara bulanan.

Bila ada pengunjung yang datang, andai ada sesi bedah buku, mereka boleh join sekali jika ada kelapangan. Iman Shoppe kan kedai buku. Sepatutnya kami kena sediakan suasana membaca dalam kedai. Hasilnya…

“Pengunjung datang, mereka baca dengan tenang, mereka beli buku dan pulang dengan hati bahagia. Kenyang dengan makanan intelek dan jiwa!”

3# Spot Baca Buku

Biarlah orang nak kata Iman Shoppe ialah kafe buku. Atau orang kata Iman Shoppe ialah butik buku. Tapi saya tahu Iman Shoppe tetap kedai buku tarbiah. Saya teringat semasa saya belajar di Glasgow, Scotland pada suatu ketika dahulu;

Waktu itu, saya membaca buku bukanlah untuk exam. Saya membaca betul-betul kerana mahukan ilmu. Atau memang nak kata #ObsesikuBuku waktu itu. Saya mengambil masa untuk hadam. Saya tidak tergesa-gesa. Tenang tapi aktif.

“Saya mahu pembaca rehat fizikal, tapi aktif jiwa minda menimba ilmu,”  

Selamat ber#ObsesikuBuku!

Nur Arinah Zainordin (CEO Imanshoppe Sdn. Bhd. 2015 – present)


 

IMG_8504

Iman Shoppe adalah kedai buku yang menjual buku-buku Islamik & Tarbiyah khususnya untuk para da’ie, golongan pemuda pemudi yang mengikuti usrah dan suka membaca buku yang bermanfaat!

Iman Shoppe  ditubuhkan pada tahun 2012 dengan berhasrat untuk menjadi sebuah jenama kedai buku Islamik kontemporari yang terunggul di Malaysia menjelang 2025. Doakan!

Bermula secara kecil-kecilan, kini Iman Shoppe membuat penghantaran  buku hampir ke seluruh dunia dan sudah mempunyai 2 cawangan di Malaysia ; Serdang & Wangsa Melawati.

Kami juga bercita-cita untuk membuka cawangan di setiap negeri di Malaysia dan juga di luar negara – London,UK dan Sydney, Australia.

Maksud disebalik Logo:

Bumbung di atas Iman mengambarkan bumbung masjid.  Dengan hasrat, semua orang yang bekerja dan membeli di kedai Iman Shoppe, insyaAllah hati mereka sentiasa mengingati Allah.

Temui kami di: 

Website : www.imanshoppe.com

Facebook: www.facebook.com/imanshoppeonline

Twitter: www.twitter.com/imanshoppe

Instagram : Iman Shoppe Serdang & Iman Shoppe Wangsa Melawati

Pinterest: www.pinterest.com/imanshoppe/

Snapchat :

Cawangan Serdang: 

Cawangan Wangsa Melawati : 

16 comments

    • Waalaikumussalam, aah ye benar. Boleh google maps Imanshoppe, insyaAllah jumpa 🙂

  1. Salam, saya merupakan seorang Graphic Designer. Saya berhajat untuk berkolaborasi untuk menjual stiker kereta Islamik.

    Secara ringkas, saya dapati idea ini masih belum diteroka secara kreatif dan meluas oleh mana-mana pihak (di Malaysia) dan bagi saya, ini baik bukan sahaja untuk brand awareness strategy Iman Shoppe tetapi baik juga untuk dakwah yang secara santai (kita penuhkan kereta-kereta di jalanan dengan stiker Islamik yang cantik!). Olahan idea stiker ini saya boleh beri melalui email jika berminat.

    JIka berminat, bolehlah contact saya. Saya cuma nak berkongsi peluang yang saya nampak ni.

    Terima kasih banyak banyak 🙂

  2. boleh saya tahu ada x lagi karya yang ditulis oleh penulis di wattpad yang diterbitkan dan dijual di iman shopper. selain dari hijrah dan fatehah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s