8 BUKU YANG PALING POPULAR DI IMANSHOPPE PADA TAHUN 2016

tajuk

Tahun 2016 sudah semakin dekat meninggalkan kita. Walaupun tahun 2016 merupakan tahun yang sukar bagi kita semua, kami ingin kongsikan 8 buah buku yang berjaya menambat hati ramai pembaca di Iman Shoppe dan memberi kesan kepada pembaca.

Pelukis Jalanan oleh Teme

teme

Bagi sesiapa yang duduk di bawah tempurung sepanjang tahun ini, buku Pelukis Jalanan telah menduduki carta ‘Best-Seller’ bukan setakat di Iman Shoppe tapi di MPH satu Malaysia berminggu-minggu lamanya.

Buku ini bukan setakat berjaya memberi inspirasi kepada ramai pelajar & mahasiswa tapi juga kepada ibu-bapa juga.

Antara pesanan berharga beliau kepada kita semua;

Dulu ada orang cakap kat aku, “Dah tak lepas A-level tu mana layak sambung kat university overseas. Hidup kat negara orang nanti payah, menyusahkan orang je.” But here I am today. Completed my degree.

Memang ketika kita gagal, ramai orang akan mengata. Akan ramai orang persoalkan kita. Orang kata kita malas, orang kata kita belajar main-main. Walhal Allah tahu kita dah berusaha sedaya upaya, kegagalan itu ujian untuk kita.

Sejujurnya aku down masa tu, aku rasa taknak sambung belajar kerana 1 kegagalan yang aku buat.

Tapi aku pekakkan telinga, kuatkan semangat, tawakkal, & redah je fly ke United Kingdom untuk sambung belajar sebab kebanyakan universiti di Malaysia tak terima keputusan A-Levels.

Biarlah aku perlu bersusah-susah tanpa biasiswa pun, Aku ada Allah. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.

#PelukisJalanan

Follow Teme di Twitter & Instagram

2. Biar Tak Glamor di Dunia, Asal Popular di Langit Sana oleh Inche Gabbana

gabbana

Buku ketiga yang dikeluarkan oleh Inche Gabbana (atau dikenali sebagai Angel Pakai Gucci) selepas Ikhwah Pakai Jeans & #Chenta.

Walaupun tajuk buku ini agak panjang, tapi tema utama yang diketengahkan dalam buku ni ialah IKHLAS.

Dengan menjadikan figur seperti Uwais al Qarni sebagai ikon, setiap bab yang diceritakan ini tidak lari daripada fokus utama iaitu bagaimana untuk menjadi ikhlas pada zaman moden yang mengangkat pujian dan sanjungan sebagai matlamat kebanyakkan manusia.

Dilancarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016, buku ini adalah diantara salah satu buku ‘BEST-SELLER’ di booth Iman Shoppe.

Follow Angel Pakai Gucci di Twitter & Facebook.

3) KANVAS oleh Muharikah

kanvas

Muharikah merupakan satu figura yang dikenali di dunia blogging. Buku KANVAS adalah sebuah buku grafik seperti #88LoveLife dan #AboutLove tetapi istimewa dan lain dari yang lain.

Buku ini berkisar tentang kehidupan tetapi dalam bentuk quotes-quotes pendek yang menyegarkan jiwa dengan peringatan.

Buku ini memuatkan 100 himpunan kata & cerita inspirasi pendek, berwarna-warni.

Bagi yang sukakan bahan bacaan ringan, buku ini untuk anda.

Boleh follow Muharikah di Twitter, Facebook & Instagram

4) Lapis-Lapis Keberkahan oleh Salim A.Fillah

salim

Sumber: gambar

Baca sahaja tajuknya, kita boleh agak buku ini mengenai keberkahan/keberkatan/barakah. Walaupun buku ini diterbitkan pada tahun 2014, tapi masih menjadi pilihan utama pembaca di Iman Shoppe sehingga sekarang.

Buku ini berkisah tentang keberkahan, sesuai dengan tajuknya. Ya, meski kita semua telah familiar dengan kata berkah, sering menyebut ketika mendoakan tetangga, teman, atau keluarga yang mendapatkan kebahagiaan–terutama dalam pernikahan, berapa banyak yang kita ketahui tentang makna keberkahan itu sendiri?

Di sinilah Salim A. Fillah membongkar rahsia di balik makna ‘keberkahan’.

Menariknya buku ini; Penulis menyulam konsep berkat dengan ayat al-Quran, hadith, sirah Nabi, para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin dan orang soleh dengan begitu berseni dan menyentuh hati.

Disebabkan penulis cenderung menggunakan teknik pengulangan untuk taukid (penegasan) dan buku ini yang setebal 517 m/s, insyaAllah boleh habiskan buku ini dengan sedikit mujahadah.

Boleh Follow Salim A. Fillah di Twitter & Instagram

5) Dudel Tarbiah Kitab Grafik Tauhid Zindani Jilid 1 oleh ‘Iffah Nizar

dudel

Ramai yang mengadu kesukaran untuk membawa tajuk Tauhid Zindani dalam halaqah masing-masing, selepas ini tiada alasan lagi!

Buku ini bakal membawa revolusi baru dalam penyampaian tajuk Kitab Tauhid dalam halaqah.

Pernah baca Kitab Tauhid az-Zindani? Baca tak pernah habis? Rasa isi sangat bagus tapi kurang daya tarikan? Kalau boleh nak ada ilustrasi yang lebih menarik?

Sekarang tak perlu risau lagi. Buku dudel ini dapat menyelesaikan semua masalah di atas.

Buku ini mengandungi dudel yang menarik berbentuk nota dan juga mind-map yang memudahkan isinya lebih mudah difahami. Turut disediakan ruang nota untuk ditulis semasa halaqah nanti!

Jangan lupa untuk follow Facebook Page Iffah lukis lukis

6) Cakar Ayam Doktor oleh Fahd Razy, Sharif Ahmad, Onn Azli, Kamarul Ariffin, Jazlina Syahrul, Ahm Ahmad

cakar-ayam

Buku ini merupakan hasil penulisan dari lima orang doktor yang hebat dalam bidang masing masing.

Apa yang membuatkan buku ini menambat hati ramai pembaca adalah ia mengandungi cerita- cerita pendek tentang pengalaman dan kisah kehidupan doktor-doktor yang mungkin kita tak pernah tahu.

Dalam buku ini juga ada info tambahan yang dikenali sebagai lubb dupp (info kesihatan & isu semasa) dan klinik mini ( tips dan panduan kesihatan).

Ramai pembaca rasa terhibur dengan cerita pendek doktor-doktor ini dan juga ada kisah yang menginsafkan.

Tak hairanlah buku ini telah menduduki carta ‘BEST-SELLER’ di MPH dan juga di Iman Shoppe.

Follow Facebook Page geng doktor-doktor yang hebat ini di Kata-Pilar Books.

7) Semusim di Barzakh oleh Hadi Fayyadh

barzakh

Antara buku ‘BEST-SELLER’ pada tahun ini; Semusim di Barzakh oleh Hadi Fayyadh.

Tiada siapa yang pernah menjengah ke Alam Barzakh, melainkan mereka yang telah pergi TIDAK akan kembali. Keadaannya yang sebenar hanya disampaikan melalui apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW, jadi apakah benar Novel ini ingin menyingkap sesuatu yang mustahil?

Adakah ia adalah BARZAKH yang diceritakan? Bacalah dan terokailah hikmah yang sarat di dalam pelayaran bahtera sastera jiwa agama yang telahpun digarapkan. Ia bukan suatu FITNAH atau rekaan, tetapi berdasarkan pengalaman sebenar seseorang.

Anda akan memahami realitinya yang bakal menggugah jiwa untuk kembali mengingati Tuhan dan kematian..

Boleh follow penulis buku ini, Hadi Fayyadh di Instagram.

8) Tales of Mothers : The Greatest Love by Raudah Yunus (Editor), Md. Mahmudul Hasan (Editor)

tom

WARNING : Buku ini akan membuat anda menangis, ketawa dan terharu dengan pengorbanan ibu kita. Dan buku ini juga berdasarkan KISAH BENAR. Disebabkan buku ini sangat best, kami ingin kongsikan reviu buku ini oleh Wan Ahmad Najib;

“Tales of Mothers is a compilation of short stories, 8 to be exact, on the life of mothers and the unconditional love they have for their children. There are stories of single mothers, a mother in foreign land, a mother with an adopted child, a mother struggling with an autism child, etc.

It does take long for me to realize the book’s main target audience would be ladies. But as I continue reading it, I realized it’s messages fit everyone. But then perhaps it was much easier for it to sink into me as I have always been a Mama’s boy.

I’ll be very honest and in sincere – Tales of Mothers is a great book. I was mesmerized. A strong believer of Life Lessons Learning, the book tells us true stories of strong mothers surviving through life despite the unique challenges they face.

I went to freshen up and when I came back, the book was no longer around on the bed. It fell into hands of my wife, Ruzaimah W Hassan, who started reading and ended up finishing it the same night. That’s how good the book is. I only started reading later that night.

Great things need to be shared. I strongly recommend for you to get a copy of this book. It is surely a book to keep.”

Jangan lupa untuk follow penerbit buku ini, Iman Publication di Facebook, Twitter & Instagram

banner-yes-2016

Jadi, buku manakah yang anda sudah baca?

Dan buku manakah yang anda masih belum baca?

Kami harap artikel ini dapat membantu & memberi manfaat kepada anda.

Wallahualam.

Kad Arinah.png

One comment

Leave a comment